Assalamualaikaum......
Hai semua.....
Hari ni aku nak cita sikit tentang diri aku....saja-saja la boring kan...hehe..........
~ Nama penuh aku ialah NUR HIDAYAH BINTI GHAZALI @ AZALLI
~ Orang panggil aku DAYAH jew.... kadang-kadang diorang panggil YAH jer. Tapi yang panggil YAH tu selalunya orang-orang yang rapat ngan aku ja.
~ Aku lahir pada 4 SEPTEMBER... Kalau korang nak taw la, Shaheizy Sam, Beyonce ngan Carter Jenkins tu sama tarikh lahir ngan aku.... Tambah-tambah si Carter Jenkins tu, sama tarikh lahir ngan sama umur terus ngan aku..hahaha... Shaheizy Sam tu pulak, selain sama tarikh lahir ngan aku dia jugak anak bongsu daripada lima beradik pun sama jugak ngan aku... So, aku mesti la bangga kan ada persamaan dengan bintang popular..
~ Dalam surat beranak aku tulis aku lahir kat HOSPITAL BUKIT MERTAJAM.... Jadi kira ok la tu dapat lahir dalam hospital.
~ Aku ANAK KELIMA DARIPADA LIMA BERADIK. Aku ada dua abang dan dua kakak.. Kami selang seli, mula-mula abang pastu kakak pastu abang balik pastu kakak balik pastu baru aku...
~ Hobi aku hah!!! Aku ada macam-macam hobi, sekejap aku suka buat tu sekejap aku suka buat ni.. Jadi tak tentu la... Tapi sekarang ni aku suka BERFACEBOOK, MAIN GAME dan cuba BUAT ORIGAMI...
~Dari kecik sampai besar ni aku ada macam-macam cita-cita... Dulu masa kecik-kecik aku nak jadi FASHION DESIGNER sebab dulu aku suka sangat melukis orang ngan pakai baju cantik-cantik.. Pastu aku nak jadi ASTRONAUT pulak sebab aku dapat taw dulu kat Malaysia ni tak dak lagi angkasawan perempuan. Jadi aku nak jadi angkasawan perempuan yang pertama kat Malaysia ni...Dulu aku ingat kat Malaysia ni dah ada angkasawan lelaki dah... Tapi tu semua cita-cita masa aku kecik dulu, Masuk ja sekolah menengah, cita-cita semua tu dah tak da dalam kepala otak aku.. Pastu, timbul plak cita-cita baru. Kali ni nak jadi SAINTIS plak.. Aku tak taw napa aku tiba-tiba ja nak jadi saintis. Mungkin sebab aku ni ada perasaan ingin tahu yang tinggi kot.. Pastu dah jadi budak remaja sikit, ada pulak cita-cita yang baru. Kali ni nak seorang PHOTOGRAPHER yang serba boleh dan subjek dalam bidang aku ni aku suka alam semula jadi ni. Pastu terfikir pulak nak jadi seorang PENGGEMBARA SOLO yang menggembara mengelilingi dunia. Tapi sekarang aku dah tekad yang aku tak kisah apa pun cita-cita aku asalkan ianya mencabar kekuatan fizikal dan mental aku dan ia boleh membuat dunia ni bangga ada manusia macam aku.... hehehe.... Insya Allah... Aku harap suatu hari nanti cita-cita aku akan tercapai dan ...... hehehe.... tak nak la cakap part tu tunngu jadi kenyataan dulu.... Amin.....
~ Aku ni berbintang VIRGO. Dan kalau ikut tahun Cina, aku ni tahun KAMBING.. Dan kalau ikut dalam cita Fruits Basket plak, aku ni sama dengan HIRO.. Kalau ikut cita The Gransazers, aku ni sama dengan RAN SAOTOME dari unsur Tanah tu.. Dan kalau ikut buku-buku yang aku baca, orang macam aku ni berunsur TANAH...
~ Aku suka makan macam-macam. Dan of course la benda tu halal kan. Jangan la korang pikir benda tu termasuk yang haram sekali.. Antara makanan yang jadi kegemaran aku ialah DAHFA SNEK IKAN tu, AYAM PANGGANG, BUAH PEAR, BUAH EPAL, BUAH MATA KUCING, BUAH CIKU, BUAH JAMBU BATU, BUAH BETIK, dan NASI LEMAK SAMBAL SOTONG KERING.. Perrrghhh... sedap tu..
~Kalau minuman pulak, aku suka SEMUA JENIS MINUMAN YANG BERASAKAN SUSU kecuali susu soya dan aku pun suka AIR KOSONG jugak..
~ Aku tak la tinggi sangat, pendek ja tapi tak la pendek sangat pulak.. Alah dalam 150CM ja
~ Berat aku dalam 45KG cam tu la..
~ Kelebihan aku, aku rasa biarlah orang yang mengenali aku yang nilai kau macam mana..
~ Kekurangan aku pulak. Aku rasa aku ni jenis orang yang tak tetap pendirian, tak ada keyakinan diri yang kuat, seorang yang suka menyesal dengan keputusan yang dibuat, cepat boring.... Errrmmm... yang tu ja la kot yang aku taw setakat ni.
Hrrrmmmm....
Aku rasa takat ni ja lah aku nak cita tentang diri aku...
Ok la ......
Terima kasih kerana sudi membaca laman ni...
Terima kasih kerana sudi membaca laman ni...
Ni la aku.... comei tak.... hahahaha..perasan la plak |